JIWA SME
Kedah
Ekonomi Kopi & Budaya Kafe
Jelajah JIWA SME Kedah 2026 bakal berlangsung di Aman Central, Alor Setar pada 23 hingga 25 Oktober 2026, menghimpunkan usahawan, pengusaha kafe, pemain industri dan komuniti perniagaan dalam program tiga hari yang penuh inspirasi, ilmu serta peluang jaringan. Kenali barisan speaker dan terokai jadual program penuh di bawah.
14
Speaker
55
Program
10
Podcast
Barisan Speaker
Klik pada speaker untuk lihat profil mereka
Jadual Program
Pilih hari dan kategori untuk cari sesi yang relevan.
Soalan Lazim
Ada soalan mengenai JIWA SME? Kami sedia membantu.
Adakah JIWA SME terbuka secara percuma kepada pengunjung?
Ya, JIWA SME adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, pendaftaran awal amat digalakkan bagi memudahkan urusan kemasukan serta memastikan anda tidak terlepas sebarang sesi perkongsian dan aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.
Siapa yang sesuai hadir ke JIWA SME?
JIWA SME terbuka kepada usahawan PKS, pengusaha kafe dan F&B, barista, pemilik perniagaan, komuniti keusahawanan serta sesiapa sahaja yang berminat untuk meneroka peluang dalam ekonomi kopi, budaya kafe dan perniagaan tempatan.
Bagaimana cara untuk mendaftar?
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi di jiwasme.com.my/daftar.html. Daftar awal untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang disediakan.
Apakah aktiviti yang boleh dijangkakan sepanjang JIWA SME?
Pengunjung boleh menyertai pelbagai pengisian menarik termasuk sesi podcast bersama usahawan dan pemain industri, showcase usahawan tempatan, Latte Art Throwdown dan Brewing Throwdown, Pentas CIPTA, Pentas Jual, persembahan secara langsung serta pelbagai lagi aktiviti sepanjang acara berlangsung.
Adakah kemudahan parkir disediakan?
Ya, kemudahan parkir tersedia di Aman Central untuk pengunjung. Rancang perjalanan anda lebih awal bagi memastikan urusan ketibaan lebih lancar.