Akan datang JIWA SME 2020

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Persidangan selama dua hari ini memfokuskan tentang Revolusi Industri ke-4 bagi memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS. 98.5% dari pertubuhan perniagaan di Malaysia merupakan PKS. Walau bagaimanapun, revolusi digital yang begitu pesat menjadi cabaran buat perusahaan kecil dan sederhana ini.

Menerusi persidangan ini, kami akan mengumpulkan individu-individu yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan untuk berkongsi ilmu dan bertukar pandangan bagi memberi inspirasi kepada usahawan-usahawan PKS untuk menyesuaikan diri dan berkembang sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.

Sorotan Jiwa SME 2019

ADAKAH JIWA SME UNTUK SAYA?

Sekiranya anda seorang usahawan yang ingin memperbaiki atau memperbaharui prospek perniagaan, JIWA SME pastinya untuk anda! Ambil sedikit masa dari jadual anda untuk mencari perspektif baru, kemahiran dan inspirasi bagi membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya! JIWA SME menyediakan peluang untuk anda berkongsi dan belajar bersama rakan usahawan lain dari pelbagai jenis peranan, industri, dan saiz.

BELAJAR DARI YANG TERBAIK!
Menghadirkan diri ke persidangan bukanlah sesuatu yang merugikan! Mendengar tips dan pengalaman dari penceramah yang terdiri dari usahawan-usahawan yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam bidang keusahawanan adalah satu peluang yang tidak patut anda lepaskan. Peluang untuk belajar dan mengambil pengajaran dari mereka yang berpengalaman dapat mengelakkan para usahawan PKS dari melakukan kesilapan dan bagaimana untuk memperbaiki kesilapan sekiranya anda telah melakukannya!
MEMBINA HUBUNGAN
Penting bagi seorang usahawan untuk membina hubungan yang baik bersama usahawan-usahawan yang lain. Anda perlu keluar dan dikelilingi oleh komuniti usahawan yang berjaya. Salah satu cara untuk membina hubungan dengan usahawan-usahawan lain ialah dengan menghadiri JIWA SME! Bidang perniagaan dan perusahaan ini adalah tentang dengan ‘siapa yang anda kenali’, bukan hanya dengan ‘apa yang anda tahu’. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan seperti ini!
BELAJAR TENTANG INDUSTRI ANDA
Anda perlu mengetahui apa yang berlaku dalam industri perusahaan secara keseluruhannya bagi menyediakan diri anda untuk sebarang perubahan pada masa akan datang. JIWA SME memberi peluang kepada anda untuk melihat industri perusahaan dengan lebih luas serta memberi anda ruang untuk merancang dan mempersiapkan diri anda untuk perubahan-perubahan tersebut.
INSPIRASIKAN DIRI ANDA
Salah satu faedah dari menghadiri sesebuah persidangan adalah peluang untuk menginspirasikan diri anda dari apa yang anda lihat dan dengar. Sekiranya anda hanya dikelilingi oleh orang dan isu yang sama, ada kemungkinan untuk perusahaan anda terkebelakang. JIWA SME boleh membantu memperkenalkan perniagaan anda kepada ahli-ahli perniagaan yang berjaya! Ambil kesempatan untuk mendapatkan idea-idea baru untuk mengubah dan meningkatkan perniagaan anda.

Apa pun jenis atau saiz perniagaan anda, anda pasti akan mendapat manfaat sekiranya anda hadir ke persidangan JIWA SME!

Hubungi Kami

Telefon :
+603 2303 5580

Dianjurkan oleh: 

Disokong oleh: 

Penaja Utama: 

 

Penaja Bersama:

 

Rakan Kerjasama: